Thursday 14 July 2011

Pengaruh Teknologi Maklumat Ke Atas Kehidupan Di Bandar


Pengenalan
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.


10 comments:

  1. Kesimpulannya, Teknologi maklumat banyak kegunaannya dan memudahkan p&p.

    ReplyDelete
  2. Teknologi kini telah diguna dengan meluas..jangan terkejut kalau orang-orang di pedalaman lebih pakar menggunakan komputer berbanding anak2 di bandar.Cuma pengaruhnya agak berbeza dibandar kerana lebih banyak mendatangkan kesan negatif seandainya disalahguna.

    ReplyDelete
  3. Memang tidak dapat dinafikan peranan Teknologi Maklumat banyak mempengaruhi manusia sejagat khususnya penduduk di bandar. Kepentingannya amat dirasai lebih-lebih lagi manusia sedang mengejar taraf kehidupan yang lebih sofiskated dan maju.Tanpa Teknologi maklumat dalam kehidupan kita seolah-olah kita masih berada di zaman jahiliah yang tidak tahu perkembangan kemajuan dunia globalisasi.

    ReplyDelete
  4. Memang tepat ...ICT membuatkan p&p lebih menarik dengan kepelbagaian teknik seterusnya akan menarik minat murid..

    ReplyDelete
  5. Perkembangan ICT sealiran dengan peredaran masa, kita juga perlu peka terutama dalam penggunaan ICT dalam P&P.

    ReplyDelete
  6. ICT sangat perlu dalam kehidupan hari ini. Proses pengajaran menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan penggunaan ICT.

    ReplyDelete
  7. Betul tu, pengaruh teknologi maklumat hari ni telah meruntuhkan jiwa-jiwa anak murid-murid hari ni.Sukar kita nak atasi kalau penjaga mereka pun tak peduli.

    ReplyDelete
  8. Dalam keasyikan Malaysia melancarkan era teknologi maklumat, rakyatnya harus diberi pendedahan tentang kesan baik dan buruk yang akan dibawa oleh teknologi maklumat. Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memerlukan teknologi ini untuk bersaing dan berganjak kepada corak ekonomi baru namun masyarakat haruslah bersedia terutamanya secara mental untuk menerima kos dan faedah yang akan dijanakan.

    ReplyDelete
  9. Artikel yang bagus. Perkembangan ICT , khasnya di bandar sangat pesat. Perkembangan di jabatan2 amat ketara. Sistem yang berpandukan ICT ini lebih menyenangkan san menyelesakan tapi kadangkala mengelirukan dan menjadi masalah yang tertangguh.

    ReplyDelete